Monday 29 February 2016

MEMAHAMI APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF

Peraturan Pendidikan 1997 (Pendidikan Khas) menjelaskan makna pendidikan inklusif sebagai program;
“(c) an inclusive education programme for pupils with special needs and who are able to attend normal classes together with normal pupils”.

“Proses inklusif memberikan peluang  mengikut keperluan kepada semua murid melalui  pembelajaran, budaya, komuniti dan tanpa pengecualian berkaitan pendidikan
(UNESCO, 2005)

Dalam konteks iklim pendidikan di Malaysia peringkat asas Pendidikan Inklusif iaitu menempatkan murid pendidikan khas bersama murid normal di kelas normal berasaskan perkara-perkara berikut;.

a.       Penempatan itu berdasarkan lokaliti murid ( mana-mana sekolah harian biasa menerima murid tanpa mengira kecacatan )
      b.       Belajar bersama-sama di kelas normal
      c.       Perkhidmatan sokongan disediakan ( guru resos / guru pendamping / guru pembantu  dan bantuan 
               peralatan khas )

KAEDAH 

Kaedah penempatan murid berkeperluan khas di kelas normal/harian biasa

ASPIRASI

Suatu aspirasi atau falsafah dalam membina budaya pembelajaran yang berkesan melalui pelbagai bentuk program, perkhidmatan dan sokongan. Semua warga sekolah bertanggungjawab menyedikan bantuan dan sokongan.
(Friends and Shamberger, 2009)

PELUANG BELAJAR

Peluang dan ruang belajar dan penglibatan bersama murid normal berupaya menangani gejala sosial contohnya sikap diskriminasi, tanggapan negatif masyarakat  dan menanam budaya inklusif  ...” (Salamanca World Conference on Special Needs Education, 1994)

PENCAPAIAN MURID

Indikator pendidikan inklusif ialah kehadiran (akses & ekuiti), penglibatan murid (pengalaman belajar yang berkualiti dan bermakna dari sudut perspektif murid sendiri)  dan pencapaian (proses P&P berkesan dan outcome pembelajaran bermakna) untuk semua murid tanpa mengira kecacatan dan keupayaan. (UNESCO IBE, 2008b)
  
PELAKSANAAN

a.       Keanggotaan penuh dalam sekolah harian biasa
b.      Kelas yang sesuai dengan peringkat umur murid di sekolah sekitar komuniti setempat
c.      Akses kepada bantuan sokongan dan khidmat bantu yang sesuai
d.     Program yang menjurus kepada keperluan individu (individualized) melalui Rancangan Pendidikan     Individu (RPI)
e.     Kurikulum yang sesuai
f.      Bentuk pentaksiran yang sesuai
  
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1.      
       KURIKULUM UBAHSUAI

       A.    Bantuan tambahan (instruktional) contoh: bahan teknologi (AAC)
       B.    Penilaian / pentaksiran
       C.    Khidmat bantu berterusan

2.      PENGURUSAN SEKOLAH

      A.    Sokongan untuk guru dan murid
      B.    Usaha ikat kerjasama warga sekolah dan komuniti setempat
      C.    Usaha ikatkan kerjasama guru dan PPM


3.      GURU

A.   Guru kompeten
                  Latihan Dalam Perkhidmatan: i) Assessing Special , ii) Adapting curriculum, iii) Utilize                              Assistive Technology
B.  Pre service ( kemahiran adapting curriculum & kemahiran membina kerjasama dengan ibu bapa & pakar)

4.      INFORMASI

A.    Sharing best practices 

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENTADBIR

      a.      Sokongan pada guru dan murid
      b.      Galakkan & beri ruang untuk semua guru bekerjasama
      c.      Beri ruang untuk kerjasama dengan pihak ibu bapa
      d.      Beri ruang utk flekibiliti
      e.       Galakkan komunikasi

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU

     a.      Berkomunikasi dengan pihak ibu bapa / komuniti
     b.      Bina kerjasama erat (guru biasa & guru pend. Khas)
     c.      Membuat penyesuaian kurikulum dgn ketidakupayaan
     d.      Berkomunikasi dan bina kerjasama dengan rangkaian pakar khidmat bantu 
     e.      Memenuhi keperluan individu murid 
     f.       Menyediakan BBM & BBB membantu proses P&P

KOMPETENSI GURU ALIRAN PERDANA & GURU PENDIDIKAN KHAS PENENTU KEJAYAAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Semua guru aliran perdana perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran asas pendidikan khas dan perlu berkerjasama secara kolaboratif dengan guru pendidikan khas.
Konsep inklusif perlu diterapkan dalam amalan harian dan dalam pelbagai aktiviti di sekolah dan dalam komuniti dengan menggalakkan penglibatan murid berkeperluan khas.



KOMPETENSI BAGI GURU ALIRAN PERDANA 
  •   Amalan berasaskan tahap integriti, kompetensi, etika dan profesionalisma yang tinggi.
  •   Meransangkan imej dan personaliti murid yang positif.
  •   Penglibatan aktif secara berhemah dan beretika yang menghormati kepelbagaian budaya dan   individu.
  •  Mengamalkan sikap keprihatinan yang tinggi iaitu lebih mengambil perhatian, sensitif, tidak  bertanggapan negatif, memberi sokongan padu, membuat adaptasi dan fleksibel.
  • Mengamalkan tanggapan baik terhadap semua murid berkeperluan khas termasuk ahli keluarga dan  pakar yang terlibat dalam memberi perkhidmatan pendidikan dan khidmat sokongan
  •  Mempertingkatkan penglibatan murid berkeperluan khas di kelas arus perdana belajar dan      bersosialisasi dengan rakan sebaya yang normal.
  •  Pengetahuan dan kemahiran interpersonal yang baik untuk berurusan dengan pelbagai pihak yang  memberi perkhidmatan pendidikan dan khidmat bantu.



KOMPETENSI BAGI GURU PENDIDIKAN KHAS
  •  Membuat penyesuaian, adaptasi atau modifikasi kepada kurikulum untuk memastikan penguasaan    semua murid berkeperluan khas dalam pembelajaran.
  •  Pengetahuan mengadaptasikan kaedah instruktional dalam P&P termasuk alternatif tugasan dan      kaedah pengajaran.
  •  Pengetahuan dalam stail instruktional khusus dalam pendidikan khas berasaskan kreativiti, inovasi   dan kemajuan teknologi ICT.
  •  Pengetahuan dalam sistem pentaksiran kebangsaan dan pendidikan khas.
  • Melaksana rancangan mengajar yang sesuai dengan kepelbagaian individu murid berkeperluan khas.
  • Pengetahuan dalam aspek perundangan melibatkan hak sebagai guru, ibu bapa dan kanak-kanak berkeperluan khas serta aspek pentadbiran, keselamatan dan juga amalan terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  • Berupaya mengumpul maklumat terdahulu dan terkini mengenai pencapaian akademik, rekod kesihatan dan juga sejarah kesihatan dan latar belakang keluarga untuk digunakan dalam penilaian dan perancangan pembelajaran di kelas.
  • Membina Rancangan Pengajaran Individu (RPI) berasaskan objektif dan matlamat jangka pendek panjang dalam pelbagai   kaedah
  • Mempunyai maklumat berkaitan penilaian untuk membuat keputusan instruktional dan penempatan pembelajaran yang bersesuaian dengan mengambilkira kepelbagaian individu.
  • Mematuhi dasar, peraturan dan garis panduan pendidikan khas di peringkat tempatan, negeri dan   pusat.
  • Melaksana pelbagai jenis formal dan informal penilian berasaskan keperluan individu murid berkeperluan khas
  • Membina dan mengurus fail pendidikan khas yang komprehensif.
  • Menyediakan ruang dan peluang pada diri untuk mampu membuat keputusan dalam pilihan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan murid.
  • Mengalakkan dan membantu ibu bapa murid berkeperluan khas untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran

Monday 20 January 2014

SELAMAT DATANG 2014

Assalamualaikum wbkt. 
Selamat Datang tahun 2014. Alhamdulillah, bersama kita memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana masih dipertemukan pada tahun baru ini. sememangnya, tahun baru ini merupakan satu peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk terus meningkatkan kualiti diri serta kualiti kerja buat kita. jadikan tahun lepas sebagai ukuran dan penilaian. yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Semoga tahun ini kita semua akan terus menggapai bintang-bintang dilangit!!! InsyaAllah!


Wednesday 19 June 2013

RANGKUMAN AKTIVITI PPKI MAC - MEI 2013

MAJLIS TEMU MURNI IBU BAPA / PENJAGA MURID-MURID PPKI SKDM 1 
2013
TARIKH : 2 MAC 2013
TEMPAT : KELAS PPKI SKDM 1
ANTARA IBU BAPA YANG HADIR
UCAPAN DAN TAKLIMAT OLEH GURU BESAR

IBU BAPA  MENDENGAR AMANAT GURU BESAR

SERONOK ANAK-ANAK KHAS BILA IBU BAPA DATANG SEKOLAH.
SESI PERTUKARAN PENDAPAT DAN CADANGAN



PROJEK BUMI HIJAU
PPKI SKDM 1
"BERBUDI PADA TANAH, LESTARIKAN BUMI HIJAU"

Tarikh : Mula Mac 2013
Tempat : Laman Hijau PPKI SKDM 1

Murid-murid teruja untuk berkebun.
Penerangan dan demontrasi oleh Cg. Izzad

Zuhuri, Shafei dan Shukri memasukkan tanah campuran kedalam bekas polistrin (ambil dari makmal komputer)

Nurhirfa seronok melakukan aktiviti bertani.

Cikgu Masliza dan anak-anak PPKI bergambar keriangan.


KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH DUNGUN 2013

TARIKH : 7 MAC 2013

TEMPAT : TREK BALAPAN SMK SULTAN OMAR


SUKENYE NAIK KERETA CIKGU... HEHEHE

REHAT DAN MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA RAKAN-RAKAN.

MENDENGAR TAKLIMAT URUSETIA SEBELUM MULAKAN ACARA

HIRFA (BAJU PUTIH) BERSEDIA DI GARISAN PERMULAAN BAGI ACARA 100M

SHUKRI (BAJU MERAH) BERSEDIA DI GARISAN PERMULAAN BAGI ACARA 100 M

MELEPASKAN PENAT DENGAN MENIKMATI NASI BUNGKUS DI TEPI PANTAI TELUK LIPAT



AKTIVITI SOSIAL, RIADAH DAN KREATIVITI MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS NEGERI TERENGGANU
(LAWATAN CELIK MINDA MURID-MURID PPKI, MURID PEMULIHAN DAN MURID MISKIN SKDM 1 2013)

TARIKH :
16 APRIL 2013 (SELASA)

MASA :
7.30 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT :
MUZIUM NEGERI, MASJID KRISTAL, PUSAT SAINS DAN KREATIVITI TERENGGANU & PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI TERENGGANU

ANJURAN:
SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU
DENGAN KERJASAMA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK DURIAN MAS 1,
DUNGUN, TERENGGANU.










 KURSUS PETANGQUE GURU DAN MURID-MURID PPKI DAERAH DUNGUN 2013

TARIKH : 7 MEI 2013
TEMPAT : GELANGGANG PETANGQUE PADU, ARENA SQUARE, DUNGUN.

(GAMBAR AKAN DILAMPIRKAN)

PERTANDINGAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH DUNGUN 2013
TARIKH : 12 MEI 2013
TEMPAT : U-BOWL, MESRA MALL