Thursday 28 February 2013

PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA.

Sejarah
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurangupaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas.
Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak kanak buta.
Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak.
Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya)bermula pada tahun 1978.
Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali
Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.

Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.

Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan PendidikanKhas
1. Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailandyang menekankan:
Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upayamenuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.
2. Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin .
Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid murid yang kurang upaya”.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan PendidikanKhas di Malaysia. Perakuan ini menyebut;
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak kanak
kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh.

Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:
• Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.
• Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.
· Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.
Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehinggamereka berumur 19 tahun.
41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan:
(a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan muridyang menerima pendidikan khas;
(b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
(c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagipendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
(d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagimaksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khasyang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendahatau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.

.Jabatan Pendidikan Khas
Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang KetuaPenolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan Jabatan in imenjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas.
Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf JabatanPendidikan Khas ialah untuk:
  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan Khas
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas.
  • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas.
  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
  • Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.
Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi kepada tiga bahagian dan satu unit:
(a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar
- Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.

(b) Bahagian Pengurusan Sekolah
Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan menyelaras kurikulum dan kokurikum.

(c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu
Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru dan memberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat disamping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille).
(d) Unit Pengurusan
Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.


Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan
  1. Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
  2. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempohpelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25
sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran. Terdapat kira kira
99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatanberbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara.
Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengarandan 5% bermasalah penglihatan.

Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas
Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha KementerianPendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan,pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.
Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yangterlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:
Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.
Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluankhas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.
Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yangkomited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

ALLAH LEBIH SAYANGKAN BELIAU...

AL-FATIHAH

PADA 14 FEBRUARI 2013 BERSAMAAN 3 RABIUAKHIR 1434 (KHAMIS) , ALLAHYARHAM PUAN KAMSAINI BINTI ISMAIL, (GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN MAS 1) TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH AKIBAT KEMALANGAN JALANRAYA KETIKA PERJALANAN KE SEKOLAH.
Dalam kenangan... Arwah ketika menyampaikan hadiah kepada murid-murid PPKI SKDM 1.

PEMERGIANNYA AMAT DIRASAI OLEH SEMUA WARGA SEKOLAH KERANA ARWAH MERUPAKAN SEORANG GURU DAN IBU YANG SANGAT KASIHKAN KEPADA SEMUA ANAK MURIDNYA SERTA GURU-GURU DI SINI.

SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DALAM KALANGAN MEREKA YANG SOLEH. AMIN.
TAKZIAH KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA DAN WARGA PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN.

BERITA PENUH KLIK DI SINI

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK DURIAN MAS 1

Sekitar sambutan Maulidur Rasul SKDM 1.
TARIKH : 31 JANUARI 2013
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Zuhuri, Shafei, dan Shukri berbaris sebelum perarakan
Irdina, Hirfa, Zelayati dan Syafiqah cantik berbaju kurung.
Perarakan sambil mengalunkan Selawat
Irdina digalas oleh kakak2 tahun 6. amboi... hehe
bersemangat berarak sambil berselawat keatas Rasulullah SAW.
Pertandingan mewarna di dalam kelas.

Bersungguh-sungguh mewarna dengan cantik.
Apa yang dibuat oleh Adam sehingga mencuit hati Cikgu Masliza. hehe

 Murid-murid PPKI sangat seronok dalam menjalankan setiap aktiviti yang dijalankan. Dalam pertandingan mewarna, Johan bagi kategori High Function telah dimenangi oleh Zuhuri dan Naib Johan telah dimenangi oleh Zelayati. Bagi kategori Low Function pula Johan telah disandang oleh Syafiqah dan Naib Johan dimenangi oleh adik Irdina.





Learn is Fun !!!

AKTIVITI TERAPI MOTOR HALUS
MELAKAR DI ATAS PERMUKAAN TEPUNG GANDUM.

Penerangan dan demonstrasi daripada Cikgu Izzad
Syafiqah (murid sereberal pulsy) bersungguh-sungguh melakar diatas permukaan tepung.
seronok bermain tepung. hehehe

ta...raaaaaaa!!!!! hasilnya. Bintang berkelipan!!!
Zuhuri menunjukkan hasil kerjanya. Jiwang orangnya.. sbb tu melukis bunga. hehe





2013... Kini kembara bermula !!!

2012 TELAH BERLALU PERGI MENINGGALKAN KITA DALAM LIPATAN KENANGAN. KINI 2013MENJENGAH DENGAN SERIBU LEMBARAN BAHARU  BUAT SELURUH WARGA PPKI SK DURIAN MAS 1.

TAHUN INI KAMI MENERIMA 3 ORANG LAGI MURID BAHARU YANG AKAN BERSAMA-SAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSAN DI KELAS PPKI SKDM 1. 

JOM BERKENALAN .....

1.  Hi, nama saya M. ADAM HARIS BIN ZAMRI 
     Saya berumur 8 tahun. 
bergaya dengan cermin mata baru -0-0-  
2.  Assalamualaikum. Nama saya Nor Irfa Natasha.
     Saya berumur 9 tahun.
   
3. Nama saya Irdina Syuhada bt Ramli.
Umur saya 7 tahun.




Buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kami budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan.    

AMANAT KETUA SEKTOR PKPS

PPKI TITIK PELUH KITA

PPKI REZEKI KITA

PPKI IBADAT KITA


KITA TAK MINTA SIMPATI, TETAPI APA YANG KITA MOHON ADALAH EMPATI.

-PPKI 2013-