Program ini merupakan program pertama dalam taqwim Aktiviti Pendidikan Khas daerah Dungun bagi bulan Jun 2012. Pada karnival ini, semua anak-anak istimewa PPKIBP SK Durian mas 1 telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan iaitu pertandingan melukis poster, pertandingan mewarna (kategori low function dan kategori terbuka).
Jangan bersedih anak-anakkuu...
Kesungguhan anak-anak istimewa ini dalam menyiapkan poster dan mewarna amat dikagumi. namun rezeki tidak berpihak kepada anak2 PPKIBP SKDM 1..... satu hadiah pun kami tidak menang... kesian tengok muka anak-anak ini ketika majlis penyampaian hadiah. Namun, apakan daya... sudah ketetapan-Nya... dan kita mmg diasuh supaya menjadi manusia yang sabar. Mungkin hari ini bukan rezeki kita, insyaallah pada akan datang kita akan dapat hadiah yer anak-anak...
- Pengalaman adalah hadiah yang paling berharga-
No comments:
Post a Comment